Pekej 3

P E N A N G


COUPLE TRIP
Harga : RM599


Negeri Pulau Pinang terkenal sebagai destinasi percutian yang tidak asing lagi buat pelancong luar . 
Apabila bercakap tentang Penang, hal pertama yang terlintas di fikiran sudah semestinya pelbagai jenis menu makanan yang boleh didapati di serata Penang daripada yang di tepi jalan hinggalah ke kedai makanan yang popular. Namun selain menjadi syurga bagi makanan, Pulau Mutiara ini juga terdapat banyak tempat-tempat menarik popular dikalangan pelancong yang boleh dilawati. Berikut adalah beberapa tempat yang akan kami bawa.



JADUAL 

PAKEJ 2 HARI 1 MALAM
DAY 1
DAY 2
Pagi :
² sarapan di Roti Canai Transfer Road
² Check in Hotel
² Rehat

Pagi :
² Sarapan di Roti Canai Transfer Road
² Bukit Bendera
² Tropical Fruit Farm Penang
Tengahari :
² Makan tengahari di Nasi Kandar Deen Maju
² Toy Museum Heritage Garden

Tengahari :
² Balik ke hotel

Petang :
² Countryside Stable Penang
² Street Art
² Teochew Chendul

Petang :
² Check out Hotel
Malam :
² Pasar Malam Batu Feringghi
² Hussein Pasembur
² Balik ke hotel

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK


BUKIT BENDERA



Bukit Bendera- tempat menarik di Penang yang wajib dikunjungi ini adalah di antara lokasi paling ikonik kerana anda boleh melihat pemandangan seluruh bandar Pulau Pinang daripada puncaknya. Anda boleh pilih sama ada untuk mendaki (jenuh lah jugak kan), menaiki helikopter (tapi tiada helipad. So, faham-fahamlah ya) ataupun menaiki tren untuk ke puncaknya. Bukit Bendera juga adalah salah satu daripada tempat menarik di Penang pada waktu malam. Beginilah panorama dari puncak Bukit Bendera di waktu malam:




Permandangan pulau pinang pada waktu malam dari Bukit Bendera.


 STREET ART





Ernest Zachanevic nama diberi, artis hebat daripada Lithuania yang menghasilkan moral-moral kreatif ini. Artis ini menggabungkan moral dan benda-benda sebenar seperti motosikal, basikal dan juga buaian di dalam hasil seninya yang tersendiri. Ernestjuga mewujudkan satu seni dengan menggabungkan sesuatu yang tidak mempunyai sifat fizikal (lukisan) dan barang-barang yang wujud dan dapat disentuh- seperti lirik lagu Datuk Siti Nurhaliza & Too Phat – dua dunia kita berbeza – Oh yeah! Hasil seni sangat kreatif ini dapat dilihat di sekitar Georgetown.






TOY MUSEUM HERITAGE GARDEN 








Semua orang pasti pernah melalui zaman kanak-kanak dan meminati kartun, anime & sebagainya (malahan ada yang tak nak grow up dan walaupun dah tua bangka tapi masih suka kartun – termasuk saya sendiri). Jadi, di sini anda dapat lihat pelbagai jenis mainan dan figura yang menarik untuk tatapan. Joker? Elmo? Astro Boy? Ultraman? Anda namakan saja! ada lebih daripada 100,000 mainan di sini. Sudah pasti muzium seperti ini dapat mengingatkan kita kembali kepada zaman kanak-kanak yang simple- tiada perkara memeningkan seperti SST, harga minyak dan lain-lain.


PASAR MALAM BATU FERINGGHI



Kehidupan malam di Batu Feringghi berpusat di Pasar Malamnya. Dibuka dari senja hingga lewat, sering lewat tengah malam, pasar malam adalah bazar trotoar gerai sementara yang dikendalikan oleh peniaga tempatan, menjual pelbagai barang dari cenderahati kepada barangan palsu. Selain pasar malam, terdapat juga beberapa pub dan restoran yang bertaburan di sekitar Batu Feringghi, di dalam hotel dan di sepanjang jalan.


COUTRYSIDE STABLE PENANG


Bagi yang ingin melihat kuda dengan lebih dekat ataupun mungkin ingin mencuba aktiviti menunggang kuda, salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh lawati adalah di Countryside Stables Penang yang hanya terletak di Jalan Sungai Burung, Balik Pulau.


TROPICAL FRUIT FARM PENANG


Sebuah ladang buah yang menempatkan pelbagai jenis pokok buah tropika. Waktu terbaik untudatang ketika musim berbuah dan pengunjung boleh menikmati buah-buahan segar yang dipetik terus dari ladang. 

MAKANAN

NASI KANDAR DEEN MAJU




Kedai makan ini menjadi fenomena sejak 2-3 tahun ini dengan ayam goreng rempahnya. Ini dapat dilihat dengan barisan beratur yang panjang . Kedai Nasi Kandar Deen Maju ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama.


HUSSAIN PASEMBUR


Gerai Hussain Pasembur ini terletak di padang kota lama, dan juga dikenali sebagai pasembur padang kota.



TEOCHEW CHENDUL (PENANG ROAD)



TeoChew Chendul yang terletak di Lebuh Keng Kwee merupakan cendol yang terbaik di Pulau Pinang ini.


ROTI CANAI TRANSFER ROAD



Kedai ini adalah antara kedai yang sesuai dilawati pada waktu paagi oleh sebab keistimewaan sarapan pagi yang mereka sedaikan terutamanya roti canai lembut dan gebu yang digandingkan dengan kari paha pilihan ramai.



TEMPAT PENGINAPAN


FLAMINGO HOTEL

RM299.00

Jalan Tanjung Bungah, 11200 Georgetown, Malaysia



Image result for flamingo hotel penang


Dapatkan pengalaman kehidupan tepi pantai yang bergaya dengan TV skrin-rata dan balkoni-balkoni peribadi dengan pemandangan laut serta pulau di The Flamingo. Mempunyai akses terus ke pantai, ia menyediakan Wi-Fi dan perkhidmatan hantar-jemput dengan percuma.

Kemudahan Asas
  • Sarapan


  • WiFi percuma
Kemudahan Bilik
  • Penyaman udara
  • Pembuat kopi / teh
  • Bar mini
  • Meja
  • Balkoni / teres
  • Seterika
  • Air botol percuma
  • Peti sejuk
  • Televisyen
  • Peti besi dalam bilik
  • Tirai / langsir tebal
Kemudahan Bilik Mandi
  • Bilik mandi peribadi
  • Peralatan mandi
  • Pancuran mandi
  • Pengering rambut

Comments

Popular posts from this blog