pakej 1


SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

FAMILY TRIP 
HARGA : RM2000

Image result for gambar menarik di sabah

*Sabah merupakan tempat pelancongan yang terkenal kerana baru sahaja di nobatkan sebagai 3 TEMPAT PALING POPULAR di ASIA PASIFIK*

 Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara Ireland di Eropah. Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002.


AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK


1. RUMAH TERBALIK
                                                                                          Image result for rumah terbalik di sabah

Antara salah satu tarikan terbaru di sabah, Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah Dibuka kepada orang ramai pada awal Februari 2012, dan semua struktur di dalam rumah dalam keadaan terbalik *namapun rumah terbalik, jadi semua aksesori yang ada di dalam rumah diletakkan dalam keadaan terbalik* Semua yang ada di dalam rumah, dari perabot untuk aksesori rumah, berlegar di atas kepala kita, kerana silingnya tempat lalauan utuk dipijak dan melangkah dan itulah keunikan rumah terbalik semua yang kita nampak dalam keadaan terbalik dan memeningkan.

2. PANTAI TANJUNG ARU

Related image

Tempat ini terletak di hujung jalan Tunku Abdul Rahman dan kira - kira 6 kilometer dari KK City, tempat ini paling dekat dengan hati penduduk tempatan, dan hanya satu lawatan ke pantai akan memberitahu anda mengapa. Mengambil namanya dari pokok casuarinas atau aru yang merapatkan pasir halus, di sinilah seseorang boleh mendapatkan kerusi gelung untuk menjulang matahari terbenam di bumi setip malam apabila matahari yang lembayung menurun secara perlahan ke arah ufuk, meninggalkan langit yang luas dngan warna merah terang. 

3. PEKAN NABALU


Image result for pekan nabalu


Pekan ini merupakan pekan tanah tinggi yang pertama akan anda singgahi untuk melihat pemandangan kaki Gunung Kinabalu dan melihat pelbagai gerai jualan makanan tempatan, seni kraftangan dan cenderamata buatan tangan kaum-kaum di sekitar pekan ini. Sesuai untuk persinggahan melepaskan lelah dan sengal selama dalam perjalan sebelum meneruskan lagi perjalanan anda.Antara yang eksotik anda akan lihat di jual di sini adalah Bosou (jeruk ikan) dan Tuhau (sejenis tumbuhan bau seakan kumbang) yang banyak terdapat di sini.  Terdapat pelbagai jenis kraftangan dan cenderamata dijual di sini daripada baju, kain dan juga peralatan tradisional bagi kaum dan masyarakat Kadazan/Dusun dan Bajau. Sompoton (Peralatan muzik tradisional), Tekiding (seakan beg sandang daripada kayu) dan Aksesori gelang & rantai (manik) banyak dijual untuk kenangan anda.


4. KINABALU PARK (TIMPOHON GATE)


Image result for KINABALU PARK timpohon gate


Gunung Kinabalu merupakan sebahagian daripada Malaysia Timur dan secara geografi, kawasan utara Borneo. Gunung ini terletak pada titik utara sepanjang Range Crocker,sebuah kawasan pergunungan di timur yang membentuk tulang belakang Sabah. Strukturnya yang mengagumkan dapat dilihat dari sejauh bandar - bandar yang merentangi pantai timur. Sebanyak 326 spesis burung yang hampir separuh dari yang di terangkan daari Borneo, telah direkodkan dari Taman Kinabalu .


5. DESA CATTLE DAIRY FARM


desa cattle dairy farm kundasang seakan berada di new zealand!


Terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang! Desa Cattle atau di panggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara! Tempat ini dibuka setiap hari, dengan bayaran hanya RM5 untuk seorang, Masuk dan ambil gambar pemandangan sepuas hati landskap New Zealand Sabah. Selain itu pelawat yang mengunjungi Desa Farm boleh rasa produk segar mereka seperti susu segar, puding dan aiskrim gelato yang sangat sedap! Pergi pada waktu pagi kerana cuaca lebih sejuk dan kurang awan yang melitupi Gunung Kinabalu.  Jangan risau. Sebenarnya anda semua tak perlu pergi jauh keluar negara untuk mendapat itu semua. Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah boleh membuatkan anda seolah-olah berada di New Zealand. Desa Dairy Farm yang terletak di kaki gunung Kinabalu di Tanah Tinggi Mesilau Kundasang, Sabah kini kian menjadi pilihan para pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati permandangan indah malah beriklim sejuk. Ladang seluas 199 hektar ini menjadi tempat penternakan lembu dan menghasilkan 900,000 liter susu lembu segar setiap tahun. Desa Dary Farm ini terletak kira-kira 100km daripada bandar Kota Kinabalu dan mengambil masa 2 jam untuk sampai jika menaiki kereta. Bukan sekadar melihat permandangan yang indah dan cantik tapi anda juga berpeluang menikmati pelbagai jenis susu segar dan aiskrim yang sedap buatan orang tempatan yang terjamin kesedapannya.

MAKANAN MENARIK DAN UNIK


1. HINAVA


Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun. Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan.
2. AMBUYAT

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut. Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.

3. BAROBBO

Image result for BAROBBO

Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat atau suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau.  Barobbo adalah masakan bubur nasi jagung. Biasanya barobbo di masak bersama jagung pulut. Namun pada masa kini ia banyak di masak dengan menggunakan jagung manis. Barobbo biasanya di masak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti sewaktu cuti di hujung minggu dan ia lebih sedap di makan ketika masih panas.
4. PINASAKAN SADA
Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah. Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit, dan garam. Pinasakan Sada juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.
5. MANOK PANSUH





Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di Semenanjung Malaysia. ‘Manok’ bermaksudd ayam dan ‘Pansoh’ bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’ ataupun ‘ Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara yang sama.
TEMPAT PENGINAPAN YANG MENARIK
KIRAM'S VILLAGE
Mesilau, Kundasang, Sabah.



Bagi yang ingin merasai penginapan di dalam kabin kayu, inilah tempat terbaik bagi pelancong yang bercuti di Kundasang. Anda pasti tidak akan kecewa dengan pemandangan di sekitar Kiram’s Village. Dikelilingi pokok-pokok bunga yang cantik serta suasana kampung yang damai, penginapan ini sesuai bagi yang ingin menikmati percutian dengan persekitaran semula jadi.Kiram’s Village turut menyediakan café bagi santapan pengunjung serta kemudahan BBQ bagi kegunaan penginap.

Harga : RM 120-180/ malam (Kabin untuk 4-5 orang) / RM210-290/malam (Homestay Kabin 2 tingkat untuk 5-6 orang ) / RM 260- 360 (Homestay 1 ½ tingkat untuk 8-12 orang) / RM 350-550 (Homestay 2 tingkat untuk 11-18 orang)

Comments

Popular posts from this blog